Program Kepimpinan AI untuk Urus Selia Sektor Awam - MyDIGITAL
Skip links

Program Kepimpinan AI untuk Urus Selia Sektor Awam

Program Kepimpinan AI untuk Urus Selia Sektor Awam

Program Kepimpinan AI untuk Urus Selia Sektor Awam

Tokoh penting di peluncuran AI untuk Rakyat (dari kiri ke kanan): Ketua Setiausaha, Kementerian Ekonomi, Dato’ Nor Azmie Diron; Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli; Perdana Menteri, YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim; Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Dato’ Sri Wan Ahmad Dahlan Haji Abdul Aziz; dan Naib Presiden Pembuatan, Rantaian Bekalan dan Operasi, Intel Corporation, serta Pengarah Urusan, Intel Malaysia, AK Chong memegang lencana AI untuk Rakyat mereka semasa peluncuran rasmi program tersebut pada 16 Januari 2024.

Saksikan bagaimana sektor awam Malaysia sedang bersedia untuk era AI.

Dilangsungkan pada 23-24 Mei di Asia School of Business (@asb.iclif), Program Kepimpinan AI untuk Urus Selia Sektor Awam (AI Leadership for Public Sector Stewardship) Kepimpinan AI untuk Pengurusan Sektor Awam telah mengumpulkan pemimpin kanan negara untuk memperdalam pemahaman AI, berkongsi perspektif dan membentuk hala tuju transformasi untuk kementerian mereka.

Apabila kepimpinan berubah, negara akan maju dengan lebih pantas.

Ketahui lebih lanjut tentang EDLP melalui pautan di bio kami.

Sejak peluncuran rasminya pada 16 Januari 2024 oleh Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Seri Anwar Ibrahim, lebih daripada 225,000 individu telah pun melengkapkan program ini. Sahutan yang memberangsangkan daripada rakyat Malaysia ini menunjukkan terdapat minat yang tinggi di dalam teknologi AI dan sasaran mencapai 1 juta rakyat Malaysia dalam masa 3 tahun ini mungkin dapat dicapai dengan lebih cepat.
“Malaysia telah menetapkan aspirasi untuk KL20 menjadi antara 20 hab inovasi dan ekosistem pemula tertinggi dunia. Suatu aspirasi bercita-cita tinggi, tetapi bukanlah mustahil untuk dicapai. Oleh itu, adalah amat penting untuk kita memastikan ketersediaan bakat tempatan yang akan memacu perkembangan teknologi AI negara. Usaha aktif sedang dilakukan untuk meningkatkan kemahiran digital dan reskilling di setiap peringkat masyarakat, dari mengenal pasti cabaran dan peluang dalam landskap bakat digital di Malaysia, ke mengkoordinasikan usaha untuk menambah baik kurikulum pendidikan di sekolah. Dengan memupuk kesedaran dan pemahaman tentang teknologi-teknologi baharu, kita dapat menukarkan keraguan kepada harapan, perasaan takut kepada pemerkasaan dan cabaran kepada peluang bagi menarik bakat digital untuk mendalamkan pengetahuan dan kemahiran di dalam teknologi-teknologi baru termasuk teknologi AI,” kata Menteri Ekonomi Malaysia, Rafizi Ramli.

AI untuk Rakyat adalah satu inisiatif untuk mengurangkan jurang literasi digital dalam kalangan rakyat Malaysia. Bagi para pelajar, program ini dapat menyediakan gambaran menyeluruh tentang dunia AI dengan tujuan untuk menarik minat mereka kemudiannya membina kerjaya di dalam sektor ini. Untuk golongan rakyat yang lain, program ini dapat menyediakan pemahaman asas tentang AI supaya dapat mempromosikan kesedaran dan apresiasi terhadap teknologi yang memberi manfaat kepada individu, masyarakat dan juga negara.