About Us - MyDIGITAL
Skip links

MENGENAI KAMI

MyDIGITAL Corporation telah diperbadankan pada September 2021 sebagai Pejabat Pengurusan Perubahan Strategik yang menerajui pengurusan perubahan di peringkat nasional bagi memacu pelaksanaan inisiatif di bawah Rangka Tindakan Ekonomi Digital Malaysia dan Dasar Revolusi Perindustrian Keempat Negara (4IR).

PERANAN KAMI

Sekretariat MED4IRN

Berperanan sebagai badan penyelaras bagi Dasar Revolusi Perindustrian Keempat Negara (4IR) dan inisiatif di bawah Rangka Tindakan Ekonomi Digital Malaysia, dengan memastikan penyelarasan dan pemudahcaraan yang lancar.

Pengurusan Program

Memantau, mendokumentasikan dan menilai kemajuan yang dicapai dalam Dasar Revolusi Perindustrian Keempat Negara (4IR) serta inisiatif di bawah Rangka Tindakan Ekonomi Malaysia.

Pengurusan Perubahan

Menangani dan menyelesaikan isu serta risiko secara strategik dengan kerjasama pihak berkepentingan di peringkat Persekutuan dan Negeri.

Peningkatan Kerjasama Awam-Swasta

Memupuk dan menyokong kerjasama antara sektor awam, sektor swasta, akademia dan organisasi masyarakat sivil bagi memperkukuh kemajuan sosioekonomi.

Kepimpinan Pemikiran MyDIGITAL

Menerajui usaha untuk meningkatkan kesedaran dan pengiktirafan MyDIGITAL di peringkat tempatan dan antarabangsa.

STRUKTUR TADBIR URUS

Struktur tadbir urus khusus yang diwujudkan untuk memacu penggubalan, pelaksanaan dan pemantauan inisiatif MD2030 yang berkesan

LEMBAGA PENGARAH

Pengerusi
YB Tuan Gobind Singh Deo​
Menteri Digital Malaysia
Ahli Lembaga Pengarah
YBhg. Datuk Fabian Bigar
Ketua Setiausaha
Kementerian Digital
Ahli Lembaga Pengarah
Puan Rozita binti Abd Matalib
Timbalan Ketua Setiausaha
Bahagian Fiskal & Ekonomi
Kementerian Kewangan
Ahli Lembaga Pengarah
Mr. Leonard Ariff Bin Abdul Shatar
Mantan Pengarah
Urusan Kumpulan
Duopharma Biotech Bhd
Ahli Lembaga Pengarah
YBhg. Dato' Dr. Munirah Looi Binti Abdullah
Regional CEO
SEA
BlueOnion

BARISAN PENGURUSAN

Ketua Pegawai Eksekutif

ADRIAN MARCELLUS

Seorang graduan Ijazah Sarjana Muda Sains dalam Kejuruteraan Elektrik dari University of Mississippi, Amerika Syarikat, dengan pengalaman luas dalam bidang AI, integrasi perniagaan serta projek transformasi berskala besar di seluruh rantau Asia Pasifik. Dengan pengalaman kerjaya melebihi dua dekad, Adrian telah memainkan peranan penting dalam memacu transformasi dan inovasi dalam pelbagai industri. Beliau akan terus memajukan pelaksanaan agenda digital negara ke tahap yang lebih tinggi.

Pengarah Kanan

ELLINA ROSLAN

Pemegang Ijazah Sarjana Muda Pendidikan dari United Kingdom dengan lebih 25 tahun pengalaman dalam komunikasi korporat, penjenamaan, pemasaran serta peranan pengurusan kanan dalam pelbagai industri termasuk farmaseutikal, logistik, perundingan perhubungan awam, perniagaan francais, ICT, telekomunikasi dan automotif.

Pengarah

CALVIN WOO

MYCentre4IR

Pengarah

FAUZIAH JALALUDIN

Pejabat Pengurusan Program (PMO) - Nasional

Pengarah

SAIFUL AZLAN ISMAIL

Pejabat Pengurusan Perubahan