information:
first anniversary celebration!
Perkhidmatan Digital Kerajaan
Mengenai MyDIGITAL
MyDIGITAL ialah satu inisiatif yang melambangkan aspirasi Kerajaan untuk mentransformasikan Malaysia menjadi negara berpendapatan tinggi yang berpacukan pendigitalan dan sebagai peneraju serantau dalam ekonomi digital.
Membangunkan Ekonomi
Digital Malaysia
MyDIGITAL melakar jalan ke hadapan bagi merealisasikan potensi inovasi secara maksimum dan penggunaan teknologi 4IR secara beretika dalam mengembangkan ekonomi digital dan bagi mencapai pembangunan sosio-ekonomi yang inklusif, bertanggungjawab dan mampan.
Merapatkan Jurang
Digital
MyDIGITAL berhasrat untuk membolehkan rakyat Malaysia menerima pendigitalan untuk meningkatkan kualiti hidup dan taraf hidup mereka, untuk memupuk bakat, dan menjadi pengeluar inovasi.
Penglibatan Seluruh
Negara
MyDIGITAL menggunapakai pendekatan secara menyeluruh dengan melibatkan perkongsian antara rakyat, sektor awam dan swasta untuk merealisasikan aspirasi MyDIGITAL.
Aspirasi MyDIGITAL
Menjadikan Malaysia peneraju serantau dalam ekonomi digital dan mencapai pembangunan sosioekonomi yang inklusif, bertanggungjawab dan mampan.
Dengan memanfaatkan kemajuan teknologi Revolusi Perindustrian Keempat (4IR), kami mengambil peluang untuk menerajui transformasi yang akan meningkatkan kerjasama antara industri dan masyarakat, memupuk kecekapan dan sinergi. Pada masa yang sama, kami berhasrat untuk menjaga alam sekitar dan membimbing masyarakat ke arah masa depan yang lebih cerah.
Kes untuk Perubahan
Pemikiran yang mengutamakan digital
Keperluan untuk mempunyai pemikiran yang mengutamakan digital dan penggunaan teknologi digital yang lebih tinggi di seluruh sektor awam.
Ekosistem bantuan
Keperluan untuk membina ekosistem yang lebih memberi bantuan kepada perusahaan tempatan ke arah pendigitalan.
Infrastruktur Berkualiti
Keperluan untuk menambahbaik penggunaan infrastruktur jalur lebar yang berkualiti dan teknologi digital yang lebih baik.
Tenaga kerja sedia masa hadapan
Keperluan melatih tenaga kerja untuk pasaran pekerjaan di masa hadapan.
Jurang digital
Keperluan untuk merapatkan jurang digital antara setiap kumpulan pendapatan, umur dan jantina.
Membina kepercayaan dan etika
Keperluan untuk memupuk keyakinan dan etika dalam penggunaan data dan teknologi, seterusnya meningkatkan kesedaran tentang keselamatan siber.
Rangka Tindakan (Blueprint) Ekonomi Digital Malaysia
Peluang kepada Malaysia
- Ekonomi digital mewujudkan peluang pekerjaan baharu seperti pakar rangkaian, pembangun aplikasi mudah alih, saintis data dan pakar komuniti dalam rangkaian sosial.
- Model perniagaan baharu juga menyediakan peluang kepada rakyat terlibat sebagai pekerja gig dan untuk turut serta dalam peluang baharu.
- Teknologi digital mewujudkan model perniagaan baharu yang mengganggu amalan tradisional.
- Produk dan perkhidmatan fizikal bertukar kepada digital seperti buku dan DVD di stor telah digantikan dengan e-buku dan penstriman video dalam talian.
- Cloud computing enpowers businesses to acquire services without the burden of owning and maintaining physical assets.
Pasaran yang lebih luas untuk aktiviti komersial
- Perniagaan dalam talian menyediakan saluran bagi memperluas jangkauan pasaran domestik dan antarabangsa.
- Peluang yang lebih besar untuk produk tempatan dipasarkan dan dijual secara e-dagang.
- Teknologi digital membolehkan kerajaan meningkatkan skop dan kualiti perkhidmatan awam.
- Portal e-Kerajaan meningkatkan kecekapan penyampaian perkhidmatan seperti permohonan lesen, pemfailan cukai dan proses perolehan.
Dasar Revolusi Perindustrian Keempat Negara
Dengan Dasar 4IR Negara, pelan tindakan dan inisiatif pelbagai kementerian dan entiti akan diselaraskan dalam mengemudi negara untuk mencapai pertumbuhan yang seimbang, bertanggungjawab dan mampan dengan memanfaatkan penggunaan teknologi dan inovasi. Dasar 4IR Negara menyokong penggunaan teknologi untuk kebaikan – sosial, ekonomi dan alam sekitar.
Penerbitan
Penerbitan dan laporan yang menyediakan maklumat dan pandangan berkaitan ekonomi digital Malaysia.
2023
The Economic Impact of Generative AI
2023
Mempercepat Pertumbuhan Ekonomi Digital Malaysia
2021