Official launch of AI Malaysia - MyDIGITAL
Skip links

Majlis Peluncuran AI Malaysia

Majlis Peluncuran AI Malaysia

Majlis Peluncuran AI Malaysia

Tokoh penting di peluncuran AI untuk Rakyat (dari kiri ke kanan): Ketua Setiausaha, Kementerian Ekonomi, Dato’ Nor Azmie Diron; Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli; Perdana Menteri, YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim; Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Dato’ Sri Wan Ahmad Dahlan Haji Abdul Aziz; dan Naib Presiden Pembuatan, Rantaian Bekalan dan Operasi, Intel Corporation, serta Pengarah Urusan, Intel Malaysia, AK Chong memegang lencana AI untuk Rakyat mereka semasa peluncuran rasmi program tersebut pada 16 Januari 2024.

28 July 2026 - Hari ini, Malaysia melangkah setapak lagi ke hadapan dengan peluncuran rasmi AI Malaysia.

Diluncurkan oleh YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, detik bersejarah ini menandakan satu pencapaian penting dalam perjalanan Malaysia ke arah menjadi Negara AI menjelang 2030.

Bertindak sebagai entiti pelaksana utama negara, AI Malaysia berperanan memacu pelaksanaan Pelan Tindakan AI Kebangsaan 2026-2030, bagi mempercepat penggunaan AI merentasi sektor kerajaan, perniagaan dan masyarakat. Tidak kurang pentingnya, AI Malaysia turut memberi tumpuan kepada usaha membina keyakinan orang ramai terhadap AI melalui Institut Keselamatan AI Malaysia.

Melalui AI Malaysia, kami beriltizam untuk memperkukuh kedudukan Malaysia sebagai peneraju serantau dalam inovasi AI dengan memastikan teknologi yang bertanggungjawab membawa manfaat yang bermakna dan selamat kepada rakyat serta komuniti.

Terokai visi yang membentuk perjalanan Malaysia ke arah menjadi sebuah Negara AI.

“Malaysia telah menetapkan aspirasi untuk KL20 menjadi antara 20 hab inovasi dan ekosistem pemula tertinggi dunia. Suatu aspirasi bercita-cita tinggi, tetapi bukanlah mustahil untuk dicapai. Oleh itu, adalah amat penting untuk kita memastikan ketersediaan bakat tempatan yang akan memacu perkembangan teknologi AI negara. Usaha aktif sedang dilakukan untuk meningkatkan kemahiran digital dan reskilling di setiap peringkat masyarakat, dari mengenal pasti cabaran dan peluang dalam landskap bakat digital di Malaysia, ke mengkoordinasikan usaha untuk menambah baik kurikulum pendidikan di sekolah. Dengan memupuk kesedaran dan pemahaman tentang teknologi-teknologi baharu, kita dapat menukarkan keraguan kepada harapan, perasaan takut kepada pemerkasaan dan cabaran kepada peluang bagi menarik bakat digital untuk mendalamkan pengetahuan dan kemahiran di dalam teknologi-teknologi baru termasuk teknologi AI,” kata Menteri Ekonomi Malaysia, Rafizi Ramli.

AI untuk Rakyat adalah satu inisiatif untuk mengurangkan jurang literasi digital dalam kalangan rakyat Malaysia. Bagi para pelajar, program ini dapat menyediakan gambaran menyeluruh tentang dunia AI dengan tujuan untuk menarik minat mereka kemudiannya membina kerjaya di dalam sektor ini. Untuk golongan rakyat yang lain, program ini dapat menyediakan pemahaman asas tentang AI supaya dapat mempromosikan kesedaran dan apresiasi terhadap teknologi yang memberi manfaat kepada individu, masyarakat dan juga negara.