The National AI Office (NAIO) - MyDIGITAL
Skip links

Pejabat AI Kebangsaan (NAIO)

Diluncurkan pada 12 Disember 2024, Pejabat AI Kebangsaan (NAIO) merupakan sebuah refleksi terhadap komitmen Malaysia untuk memperkukuhkan kedudukannya di dalam ekosistem Kecerdasan Buatan (AI) global. NAIO yang ditubuhkan sebagai peneraju pembangunan dan integrasi AI merentasi pelbagai sektor menetapkan sasaran untuk menyelaraskan usaha Malaysia dengan permintaan yang meningkat secara global bagi teknologi dan solusi AI.

Kenali Pejabat AI Kebangsaan dengan lebih lanjut.

NAIO plays a crucial role

NAIO memainkan peranan yang penting

dalam pembentukan dasar polisi dan rangka kerja kawal selia, memupuk inovasi, mempercepatkan penggunaan AI, dan membina perkembangan bakat selain memastikan perkembangan AI adalah beretika, inklusif serta bermanfaat kepada seluruh rakyat Malaysia.

NAIO aims

NAIO bermatlamat

untuk meletakkan Malaysia sebagai sebuah peneraju serantau dalam inovasi AI dengan memupuk ekonomi berpacukan AI yang mampan dan inklusif. Selari dengan aspirasi Malaysia untuk menjadi sebuah negara berpendapatan tinggi, teknologi AI dapat membantu dalam peralihan negara kepada sebuah negara yang berasaskan pengetahuan. Penggunaan AI di dalam automasi, data analisis, dan pembelajaran mesin menawarkan potensi transformatif kepada industri, sekali gus memberi mereka peluang untuk berdaya saing di peringkat global.

NAIO is committed

NAIO komited

dalam memastikan manfaat AI diagihkan secara meluas kepada seluruh masyarakat sekali gus membina sebuah ekonomi digital inklusif yang tidak meminggirkan sesiapa.