Program Pemerkasaan Pendigitalan PMKS Kebangsaan 2021
Program Pemerkasaan Pendigitalan PMKS Kebangsaan 2021
BERA, 21 November 2021 – MyDIGITAL Corporation, agensi di bawah Unit
Perancang Ekonomi (EPU), Jabatan Perdana Menteri bersama Perbadanan
Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) dan Suruhanjaya Komunikasi dan
Multimedia Malaysia (MCMC) menganjurkan Program Pemerkasaan
Pendigitalan PMKS Kebangsaan 2021 bermula hari ini sehingga 23 November
2021.
Program ini yang turut mendapat kerjasama rakan telekomunikasi Telekom
Malaysia Berhad (TM); kementerian-kementerian dan agensi berkaitan
bertujuan meningkatkan keberkesanan penjanaan ekonomi digital.
Pandemik COVID-19 telah mempercepat pendigitalan dalam pelbagai industri,
termasuklah perdagangan, pendidikan, kesihatan, dan lain-lain.
Dato’ Sri Mustapa Mohamed, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi)
berkata, pandemik ini telah memberi kesan terhadap perniagaan, termasuk
yang dimiliki oleh perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS).
“PMKS merupakan tulang belakang kepada ekonomi negara dengan hampir
1.2 juta (97.2%) daripada keseluruhan jumlah perusahaan di Malaysia pada
tahun 2020. Rancangan Malaysia Kedua Belas (RMKe-12) telah memberi
tumpuan khusus kepada pembangunan PMKS dan pertumbuhan ekonomi digital, untuk mencapai aspirasi Keluarga Malaysia yang makmur, inklusif dan
mampan,” kata Dato’ Sri Mustapa.
Melalui agenda MyDIGITAL, terdapat pelbagai program dan insentif
disediakan kepada PMKS bagi membolehkan mereka memanfaatkan
teknologi sepenuhnya. Namun demikian, masih ramai PMKS yang belum ke
hadapan untuk merebut peluang yang disediakan kepada mereka.
Program Pemerkasaan Pendigitalan PMKS Kebangsaan 2021 ini merupakan
satu usaha untuk memberi maklumat kepada PMKS mengenai segala
bantuan, insentif dan penyelesaian digital yang tersedia dalam usaha
membantu mendigitalkan perniagaan mereka. Ini akan membantu proses
pemulihan PMKS yang terjejas akibat pandemik COVID-19 serta
meningkatkan produktiviti, dan kekal berdaya saing. Program ini akan lebih
memperjelas peranan pelbagai agensi yang terlibat dalam pembangunan
PMKS dalam pelbagai aspek.
Melalui program ini, PMKS dan orang awam yang berminat akan mendapat
maklumat terperinci mengenai pelbagai aspek dalam menjalankan perniagaan,
serta kelebihan penggunaan platform dan teknologi digital. Mereka juga boleh
mendapatkan sokongan dan perkhidmatan daripada kementerian atau agensi
berkaitan, serta pihak swasta bagi menyesuaikan keperluan perniagaan dan
bentuk penyelesaian digital yang diperlukan dalam sesi panel dan soal jawab
bersama pakar. Selain itu, pelbagai kisah kejayaan hasil usaha dan inisiatif
yang telah dilaksanakan turut dikongsi bagi meningkatkan keyakinan
pengusaha PMKS dalam mendepani era Revolusi Perindustrian Keempat
(4IR) dan pendigitalan.
MDEC, antara agensi utama dalam pembangunan ekonomi digital, turut terlibat
secara aktif bagi meningkatkan dan membolehkan PMKS di seluruh negara
berjaya menerima guna pendigitalan untuk kekal relevan dengan perubahan zaman. Selain itu, MDEC juga turut terlibat dalam pembangunan bakat digital
yang dapat menyokong transformasi pendigitalan PMKS.
Program ini dirasmikan oleh YAB Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob, Perdana
Menteri di Dewan Konvensyen Majlis Daerah Bera, Pahang dengan disaksikan
oleh Menteri Besar Pahang, YAB Dato’ Sri Wan Rosdy Wan Ismail; Menteri di
Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), YB Dato’ Sri Mustapa Mohamed; Menteri
Komunikasi dan Multimedia, YB Tan Sri Datuk Seri Panglima TPr Annuar Hj.
Musa; dan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, YB Tan Sri Noh
Haji Omar.
Program ini diteruskan secara maya pada 22 dan 23 November yang akan
menampilkan ahli panel daripada pelbagai latar belakang untuk berkongsi
maklumat dan pengalaman kejayaan para usahawan. Ini akan memastikan
PMKS dari seluruh negara dapat bersama-sama menerima manfaat daripada
program ini. Melalui sesi secara maya ini, mereka akan turut mendapat
maklumat mengenai segala bantuan, insentif dan penyelesaian digital yang
disediakan oleh kementerian, agensi dan pihak swasta. Maklumat lanjut dan
borang pendaftaran boleh didapati di www.msme2021.com.
Mengenai Pejabat Pengurusan Perubahan Strategik (SCMO – MyDIGITAL
Corporation)
SCMO ditubuhkan sebagai special purpose vehicle bawah Unit Perancang Ekonomi (UPE), Jabatan Perdana Menteri. SCMO bertanggungjawab melaksanakan pengurusan perubahan di peringkat nasional yang memfokuskan pada penyusunan rancangan dan inisiatif strategik bagi Rangka Tindakan Ekonomi Digital Malaysia (RETDM) dan Dasar Revolusi Perindustrian Keempat (4IR) Negara (D4N).
SCMO juga memantau kemajuan dan menilai prestasi pelaksanaan serta hasil keseluruhan agenda ekonomi digital dan 4IR; selain melaksanakan tugas sebagai sekretariat Majlis Ekonomi Digital dan 4IR Negara (MED4IRN) yang disokong oleh sekretariat di peringkat kluster.

Mengenai Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC)
Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) adalah sebuah agensi di bawah Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia yang menerajui transformasi digital negara sejak 25 tahun lalu. Matlamat MDEC adalah untuk mewujudkan ekonomi digital yang progresif dan berinovatif.
MDEC akan terus menerajui pembangunan ekonomi Malaysia memasuki era masa hadapan ke arah menjadi sebuah negara digital yang kompetitif di peringkat dunia dengan berpaksikan kepada inovasi, kemampanan serta kemakmuran bersama dan seterusnya menjadi Hab Digital ASEAN. #SayaDigital
Untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai inisiatif-inisiatif Ekonomi Digital MDEC, layari www.mdec.my atau ikuti kami di Facebook: www.facebook.com/MyMDEC/ Twitter: @mymdec

Untuk maklumat lanjut, hubungi:
SCMO
Fadlynna Zulkarim – fadlynna.zulkarim@epu.gov.my
SCMO
Fadlynna Zulkarim – fadlynna.zulkarim@epu.gov.my
MDEC
Simon Yap – simon.yap@mdec.com.my
Hazel Hassan – hazel.hassan@mdec.com.my
Simon Yap – simon.yap@mdec.com.my
Hazel Hassan – hazel.hassan@mdec.com.my