MED4IR Negeri Memperkukuh Penyelarasan Agenda Ekonomi Digital antara Kerajaan Persekutuan dan Negeri - MyDIGITAL
Skip links

MED4IR Negeri Memperkukuh Penyelarasan Agenda Ekonomi Digital antara Kerajaan Persekutuan dan Negeri

MED4IR Negeri Memperkukuh Penyelarasan Agenda Ekonomi Digital antara Kerajaan Persekutuan dan Negeri

MED4IR Negeri Memperkukuh Penyelarasan Agenda Ekonomi Digital antara Kerajaan Persekutuan dan Negeri

Tokoh penting di peluncuran AI untuk Rakyat (dari kiri ke kanan): Ketua Setiausaha, Kementerian Ekonomi, Dato’ Nor Azmie Diron; Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli; Perdana Menteri, YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim; Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Dato’ Sri Wan Ahmad Dahlan Haji Abdul Aziz; dan Naib Presiden Pembuatan, Rantaian Bekalan dan Operasi, Intel Corporation, serta Pengarah Urusan, Intel Malaysia, AK Chong memegang lencana AI untuk Rakyat mereka semasa peluncuran rasmi program tersebut pada 16 Januari 2024.

21 September 2026 – Mesyuarat Majlis Ekonomi Digital dan Revolusi Perindustrian Keempat Negeri (MED4IR Negeri) Bilangan 2 Tahun 2026 telah berlangsung pada 21 September 2026 di DoubleTree by Hilton Shah Alam i-City.

Mesyuarat ini dipengerusikan oleh YB Tuan Gobind Singh Deo, Menteri Digital, dengan kehadiran YB Tuan Dr. Mohammad Fahmi bin Ngah yang mewakili Kerajaan Negeri Selangor selaku tuan rumah. Mesyuarat ini dianjurkan oleh MyDIGITAL Corporation selaku agensi pemantau pelaksanaan agenda ekonomi digital negara.

Turut hadir ialah YB Puan Hannah Yeoh Tseow Suan, Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO), wakil Kerajaan Persekutuan dan Negeri bagi membincangkan hala tuju dan penyelarasan inisiatif ekonomi digital serta Revolusi Perindustrian Keempat di peringkat negeri.

Antara perkara utama yang dibincangkan termasuk inisiatif digital Negeri Selangor, status integrasi MyDigital ID di peringkat negeri serta penambahbaikan liputan internet di kawasan luar bandar. Perbincangan turut merangkumi deklarasi data aset jalan bagi meningkatkan kecekapan dan akauntabiliti pengurusan data jalan.

Mesyuarat ini mencerminkan komitmen berterusan untuk memperkukuh penyelarasan antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri agar keutamaan nasional diterjemahkan kepada pelaksanaan yang memenuhi keperluan negeri serta memberi manfaat kepada rakyat dan perniagaan. Usaha ini menyokong pelaksanaan Pelan Tindakan Malaysia Digital 2030 (MD2030) dan aspirasi Malaysia ke arah Negara AI 2030.

Seusai mesyuarat, YB Menteri Digital bersama YB EXCO Negeri, wakil Kerajaan Persekutuan dan Negeri turut menyertai lawatan kerja ke Pusat Operasi Smart Selangor dan Pusat Integrasi Sistem Pemantauan Pintar Shah Alam (IRIS), Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA). Lawatan ini memberi peluang untuk meninjau penggunaan teknologi digital dan data bagi meningkatkan kecekapan pengurusan bandar serta penyampaian perkhidmatan awam, sekali gus memperlihatkan usaha negeri menterjemahkan agenda pendigitalan kepada manfaat nyata buat rakyat.

AI untuk Rakyat adalah satu inisiatif untuk mengurangkan jurang literasi digital dalam kalangan rakyat Malaysia. Bagi para pelajar, program ini dapat menyediakan gambaran menyeluruh tentang dunia AI dengan tujuan untuk menarik minat mereka kemudiannya membina kerjaya di dalam sektor ini. Untuk golongan rakyat yang lain, program ini dapat menyediakan pemahaman asas tentang AI supaya dapat mempromosikan kesedaran dan apresiasi terhadap teknologi yang memberi manfaat kepada individu, masyarakat dan juga negara.

EN
BM