MALAYSIA MELANCARKAN KLUSTER INDUSTRI PERALIHAN PERTAMA DI SARAWAK DI BAWAH INISIATIF FORUM EKONOMI NEGARA
MALAYSIA MELANCARKAN KLUSTER INDUSTRI PERALIHAN PERTAMA DI SARAWAK DI BAWAH INISIATIF FORUM EKONOMI NEGARA
Sidang Kemuncak Powering the Intelligent Age mengumumkan Rangkaian Keselamatan AI ASEAN dan Kertas Putih Kelestarian AI, menyelaras kerjasama serantau berasaskan kelestarian dan kepercayaan
KUCHING, 11 Jun 2026 - Malaysia secara rasmi melancarkan Kluster Industri Peralihan Pertama di Sarawak atau Transitioning Industrial Clusters Sarawak, menandakan penyertaan pertama negara dalam Inisiatif Transitioning Industrial Clusters oleh Forum Ekonomi Dunia (WEF) bersempena dengan Asia Pacific Green Hydrogen Conference & Exhibition 2026 yang berlangsung di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK). TIC Sarawak menyertai komuniti yang terdiri daripada 39 kluster industri seluruh dunia, sekali gus mencatat satu pencapaian penting dalam perjalanan transformasi industri negara. Ini mengukuhkan kedudukan Sarawak sebagai peneraju serantau dalam tenaga bersih, pembangunan hidrogen dan transformasi industri yang mampan.
Program TIC Sarawak merupakan inisiatif nasional yang diterajui oleh Pusat Revolusi Perindustrian Keempat Malaysia (MYCentre4IR), yang dihoskan oleh MyDIGITAL Corporation, dengan kerjasama Kementerian Tenaga dan Kelestarian Alam Sekitar Sarawak (MEESTy), serta sokongan strategik daripada WEF. Berpusat di Bintulu, platform transformasi industripertama Malaysia ini menghimpunkan kerajaan, industri dan rakan ekosistem bagi mempercepatkan penggunaan tenaga bersih dan teknologi digital, meningkatkan kecekapan industri, serta menyokong pembangunan industri mampan dan rendah karbon. development.
Inisiatif ini merupakan sebahagian daripada usaha nasional yang digerakkan secara bersama oleh Kementerian Digital dan Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) untuk mempercepatkan transformasi industri selaras dengan Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030 (NIMP 2030), Dasar Revolusi Perindustrian Keempat Negara (N4IRP), Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara (NETR), Rancangan Malaysia Ketiga Belas (RMK-13), serta Malaysia Digital 2030 (MD2030). Pada masa yang sama, inisiatif ini melengkapi strategi peringkat negeri di Sarawak seperti Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 2030 (PCDS 2030) dan Dasar Peralihan Tenaga Sarawak (SET-P), bagi memastikan usaha transformasi industri dilaksanakan secara terselaras, berpaksikan masa hadapan dan berteraskan keutamaan ekonomi negara serta negeri.
Berpusat di Bintulu-Samalaju, TIC Sarawak memanfaatkan kekuatan negeri dalam sektor tenaga dan aktiviti perindustrian, dengan penglibatan 25 organisasi (penandatangan) serta empat projek perintis yang telah dikenal pasti. Menjelang tahun 2040, inisiatif ini dijangka menyumbang kira-kira RM12 bilion setahun kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) serta mewujudkan sekitar 19,000 peluang pekerjaan.Ia juga akan menyokong usaha Sarawak ke arah mencapai pelepasan sifar bersih menjelang 2050 selaras dengan SET-P, termasuk usaha mengurangkan pelepasan sehingga net-zero emissions by 2050, in line with the SET-P, including efforts to reduce emissions by up to 21.35 juta tan karbon dioksida setara (MtCO2e).
YB Gobind Singh Deo, Menteri Digital yang juga merupakan Peneraju Rangkaian bagi MYCentre4IR berkata, “Pelancaran TIC Sarawak merupakan satu langkah penting dalam perjalanan Malaysia terhadap menjadi ekonomi mampan yang dipacu digital dan bersedia untuk era kecerdasan buatan (AI). Dengan menyelaraskan transformasi industri bersama teknologi termaju dan pelaburan strategik, kita sedang mewujudkan sebuah platform yang bukan sahaja meningkatkan produktiviti dan daya saing, malah mempercepatkan peralihan negara ke arah masa depan rendah karbon.” enhances productivity and competitiveness, but also accelerates our transition towards a low- carbon future.”
Dalam menyokong agenda transformasi industri nasional ini, MITI menekankan kepentingan penyelarasan dasar dengan implementasi sebenar di peringkat industri. YB Datuk Seri Johari Abdul Ghani, Menteri MITI berkata, “TIC Sarawak merupakan satu langkah penting dalam memajukan agenda transformasi industri Malaysia di bawah NIMP 2030, selaras dengan usaha MITI melalui inisiatif seperti Kerangka i-ESG, Strategi Pelaburan Hijau, Kerangka Dasar Ekonomi Kitaran, Industry4WRD dan Smart Tech Up. Dengan memperkukuh kluster industri seperti Bintulu-Samalaju, inisiatif ini meningkatkan daya saing Malaysia dalam menarik pelaburan hijau berkualiti tinggi, di samping mewujudkan pekerjaan berkemahiran tinggi, memperkukuh rantaian nilai domestik serta membolehkan PKS menyertai rantaian nilai global. Ini mengukuhkan komitmen kita untuk membangunkan ekosistem perindustrian yang berdaya tahan, bersedia untuk masa hadapan dan mampan.”
Senada dengan itu, YAB Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari bin Tun Datuk Abang Haji Openg, Premier Sarawak, menegaskan komitmen negeri untuk menerajui peralihan tenaga dan pembangunan industri mampan. Beliau berkata, “Bintulu bukan sekadar pusat industri Sarawak, malah berpotensi menjadi tunjang masa depan industri hijau Asia Tenggara. Sarawak merupakan lokasi loji komersial gas kepada cecair (gas-to-liquids) pertama di dunia yang ditubuhkan di Bintulu pada tahun 1986, serta pelaksanaan loji LNG terapung pertama dunia pada tahun 2016. Kami percaya kluster industri Bintulu akan meneruskan tradisi menjadi perintis kepada pelbagai inisiatif baharu ini, mentransformasikan koridor Bintulu- Samalaju untuk menjadi sistem industri rendah karbon yang terselaras dan menjadi penanda aras baharu bagi pembangunan industri mampan berskala besar. Penubuhan TIC Sarawak memperkukuh peranan Sarawak sebagai hab serantau bagi tenaga bersih, petrokimia hijau dan industri berasaskan hidrogen. Ia membolehkan industri beralih kepada operasi yang lebih mampan dan cekap, sekali gus membangunkan ekosistem industri rendah karbon yang bersepadu dan meningkatkan daya saing jangka panjang. Inilah apa yang telah diusahakan melalui Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 dan Dasar Peralihan Tenaga Sarawak. Hari ini, asas yang dibina itu mula membuahkan hasil.”
Dari perspektif global, Pengarah Urusan Forum Ekonomi Dunia, Puan Neo Gim Huay berkata, “Rangka kerja Transitioning Industrial Clusters merupakan mekanisme penting untuk mempercepatkan transformasi industri di peringkat global melalui penyelarasan pihak berkepentingan, penskalaan inovasi, pemerkasaan teknologi termaju secara kolektif serta penggemblengan modal. TIC Sarawak menunjukkan bagaimana sesebuah wilayah dapat menterjemahkan aspirasi kepada tindakan dengan menghimpunkan pembuat dasar, industri dan sektor kewangan dalam satu platform yang terkoordinasi. Ia merupakan contoh kukuh bagaimana Malaysia menyumbang kepada peralihan global sambil menyokong pertumbuhan industri yang inklusif.”
Pelancaran TIC Sarawak meletakkan Malaysia dan Sarawak sebagai hab serantau yang sedang berkembang bagi transformasi industri mampan dalam Era Kecerdasan (Intelligent Age), iaitu ketika peralihan digital dan tenaga saling bertemu dan memperkukuh antara satu sama lain. Sebagai kluster perintis, Sarawak akan menjadi model rujukan bagi peluasan model TIC ke negeri-negeri lain di Malaysia termasuk Johor, Selangor dan Pulau Pinang, di samping menyumbang kepada agenda transformasi industri ASEAN yang lebih luas.
– TAMAT –
Mengenai MyDIGITAL Corporation
MyDIGITAL Corporation adalah agensi pemantauan dan beroperasi sebagai Pejabat Pengurusan Perubahan Strategik di bawah Kementerian Digital, yang mengawasi pelaksanaan Rancangan Ekonomi Digital Malaysia (MDEB) dan Dasar 4IR Kebangsaan. Ia berfungsi sebagai sekretariat kepada Majlis Ekonomi Digital dan 4IR Kebangsaan yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri, serta menjadi tuan rumah kepada Pusat Revolusi Perindustrian Keempat Malaysia (MYCentre4IR) dengan kerjasama Forum Ekonomi Dunia. MyDIGITAL Corporation adalah platform dinamik yang bertujuan untuk mempercepatkan penerapan teknologi 4IR dan memupuk inovasi.
Laman Sesawang: MyDIGITAL Corporation | Ikuti kami di Facebook | Instagram | LinkedIn | X
Mengenai Malaysia Centre for the Fourth Industrial Revolution (MYCentre4IR)
Dihoskan oleh MyDIGITAL Corporation, Malaysia Centre for the Fourth Industrial Revolution (MYCentre4IR) ialah sebahagian daripada rangkaian global Pusat Revolusi Industri Keempat (C4IR) di bawah Forum Ekonomi Dunia (WEF). Ia merupakan pusat pertama di Asia Tenggara dan yang ke-19 dalam rangkaian global WEF. MYCentre4IR berperanan sebagai platform dinamik dan berpandangan jauh yang memacu inovasi, merangka dasar serta memperkukuh kerjasama di peringkat global. Kerjasama strategik dengan Forum ini memberikan akses kepada sumber pengetahuan, amalan terbaik dan pandangan global daripada rangkaian organisasi dan negara sehaluan, sekali gus membolehkan perkongsian pembelajaran dan kolaborasi dalam pelbagai projek berimpak tinggi.
Laman Sesawang: MyDIGITAL Corporation | Ikuti kami di Facebook | Instagram | LinkedIn | X
Tentang Forum Ekonomi Dunia (WEF)
Forum Ekonomi Dunia (WEF) adalah sebuah organisasi antarabangsa untuk kerjasama awam-swasta. Ia menghimpunkan pemimpin daripada kerajaan, industri perniagaan, akademia dan masyarakat sivil bagi membentuk agenda global, serantau dan industri. Berpusat di Geneva, Switzerland, Forum ini komited untuk memperkukuh kesejahteraan dunia melalui dialog, perubahan sistem dan pelaksanaan penyelesaian terhadap isu global kritikal seperti peralihan tenaga, tindakan terhadap perubahan iklim, tadbir urus teknologi dan pembangunan ekonomi inklusif.
Tentang Inisiatif Transitioning Industrial Clusters
Inisiatif Transitioning Industrial Clusters merupakan inisiatif utama Forum Ekonomi Dunia (WEF) dalam transformasi industri yang bertujuan memperkukuh kerjasama serta membangunkan visi bersama dalam kalangan syarikat dan institusi awam yang beroperasi dalam kluster industri yang sama, bagi memacu pertumbuhan ekonomi, mewujudkan peluang pekerjaan dan mengurangkan pelepasan karbon dioksida setara (CO2e). Dilancarkan pada tahun 2021, inisiatif ini telah berkembang daripada empat kepada hampir 40 kluster industri merentasi 20 negara.
Inisiatif ini diselaraskan oleh Pusat Revolusi Perindustrian Keempat Malaysia (MYCentre4IR), yang dihoskan oleh MyDIGITAL Corporation di bawah Kementerian Digital.
MYCentre4IR bekerjasama rapat dengan Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), kerajaan negeri, pemain industri, institusi akademik serta rakan strategik bagi memacu pelaksanaannya.
TIC Sarawak turut mendapat pengiktirafan di bawah Majlis Ekonomi Digital dan Revolusi Perindustrian Keempat Negara (MED4IRN) yang dipengerusikan oleh YAB Perdana Menteri, sejajar dengan peranannya dalam menyokong agenda ekonomi digital negara, meningkatkan daya saing industri serta memacu pertumbuhan mampan Malaysia.
Tentang TIC Sarawak
Inisiatif Transitioning Industrial Clusters (TIC) Sarawak diterajui oleh Pusat Revolusi Perindustrian Keempat Malaysia (MYCentre4IR) yang dihoskan oleh MyDIGITAL Corporation, dengan kerjasama Inisiatif Transitioning Industrial Clusters Forum Ekonomi Dunia (WEF) serta rakan-rakan tempatan. Inisiatif ini memperkukuh kedudukan Malaysia sebagai peneraju serantau dan platform rujukan bagi transformasi industri.
Berpusat di Bintulu, TIC Sarawak merupakan projek perintis pertama Malaysia yang mengadaptasi model TIC bertumpukan kepada kluster perindustrian petrokimia dan industri berintensifkan sumber. Memanfaatkan kedudukan Sarawak sebagai pengeluar tenaga utama, projek perintis ini menggabungkan penyelesaian tenaga bersih dengan teknologi digital bagi mengurangkan pelepasan karbon, mengoptimumkan kecekapan serta memperkukuh daya saing di peringkat negeri dan negara. Pengalaman dan penemuan daripada TIC Sarawak akan diterjemahkan kepada model pelaksanaan yang boleh diukur, dicontohi dan diperluaskan merentas pelbagai industri serta wilayah. Inisiatif ini menyokong keutamaan negara di bawah Rangka Tindakan Ekonomi Digital Malaysia (RTEDM), Dasar Revolusi Perindustrian Keempat Negara (N4IRP), Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030 (NIMP 2030), Peta Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara (NETR) dan Rancangan Malaysia Ketiga Belas (RMK-13), di samping memajukan agenda bersama ASEAN dalam bidang iklim dan inovasi.
Melalui TIC dan pelaksanaan projek-projek perintisnya, Malaysia menyumbang kepada gerakan global yang diterajui oleh Forum Ekonomi Dunia untuk membina masa depan yang lebih mampan, inovatif dan berdaya tahan, sambil meletakkan asas bagi kepimpinan dalam Era Kecerdasan.
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:
Komunikasi Strategik MyDIGITAL Corporation
Faizah Binti Jaafar: +6019 399 7746 | faizah.jaafar@mydigital.gov.my
See Siok Gee: +6012 662 4336 | siokgee.see@mydigital.gov.my
Malaysia Centre for the Fourth Industrial Revolution (MYCentre4IR)
Calvin Woo : +60 17-640 4370 | calvin.woo@mydigital.gov.my
Ameerul Ashraff: +017 358 5127 | ashraff.husni@mydigital.gov.my