EDLP Cohort 14: Bringing Together a Bigger, More Diverse Community of Digital Leaders - MyDIGITAL
Skip links

EDLP Kohort 14: Menghimpunkan Barisan Pemimpin Digital yang Lebih Besar dan Pelbagai

EDLP Kohort 14: Menghimpunkan Barisan Pemimpin Digital yang Lebih Besar dan Pelbagai

EDLP Kohort 14: Menghimpunkan Barisan Pemimpin Digital yang Lebih Besar dan Pelbagai

Tokoh penting di peluncuran AI untuk Rakyat (dari kiri ke kanan): Ketua Setiausaha, Kementerian Ekonomi, Dato’ Nor Azmie Diron; Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli; Perdana Menteri, YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim; Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Dato’ Sri Wan Ahmad Dahlan Haji Abdul Aziz; dan Naib Presiden Pembuatan, Rantaian Bekalan dan Operasi, Intel Corporation, serta Pengarah Urusan, Intel Malaysia, AK Chong memegang lencana AI untuk Rakyat mereka semasa peluncuran rasmi program tersebut pada 16 Januari 2024.

17 Ogos 2026 - Tiada pemimpin yang mempunyai semua jawapan. Namun, pemimpin yang terbaik sentiasa terbuka untuk bertanya, belajar dan mencari jawapan.

Hari ini, EDLP Kohort 14 membuka tirai dengan menghimpunkan pemimpin daripada pelbagai kementerian, agensi, syarikat multinasional dan PKS. Kohort kali ini turut menyaksikan penyertaan yang lebih besar, dengan pemimpin daripada pelbagai latar belakang dan bidang berkumpul untuk menangani satu cabaran yang dikongsi bersama, iaitu bagaimana untuk memimpin dalam dunia yang sentiasa berubah.

Program ini dimulakan dengan ucapan daripada Ketua Pegawai Eksekutif MyDIGITAL Corporation, Adrian Marcellus, yang menekankan kepentingan pembelajaran berterusan, perkongsian pandangan dan kerjasama dalam membentuk pemimpin yang bersedia menghadapi perubahan digital dalam masa tiga bulan ini.

Ketahui bagaimana EDLP membentuk generasi pemimpin digital masa hadapan: https://buff.ly/qHgGheg 

From community outreach at Dapur Digital to practical upskilling in the Digital Skills Hub, MyDIGITAL Corporation continues to lead the charge in making digital transformation inclusive, practical, and accessible for all Malaysians. 

Let’s build an AI-ready nation together!

“Malaysia telah menetapkan aspirasi untuk KL20 menjadi antara 20 hab inovasi dan ekosistem pemula tertinggi dunia. Suatu aspirasi bercita-cita tinggi, tetapi bukanlah mustahil untuk dicapai. Oleh itu, adalah amat penting untuk kita memastikan ketersediaan bakat tempatan yang akan memacu perkembangan teknologi AI negara. Usaha aktif sedang dilakukan untuk meningkatkan kemahiran digital dan reskilling di setiap peringkat masyarakat, dari mengenal pasti cabaran dan peluang dalam landskap bakat digital di Malaysia, ke mengkoordinasikan usaha untuk menambah baik kurikulum pendidikan di sekolah. Dengan memupuk kesedaran dan pemahaman tentang teknologi-teknologi baharu, kita dapat menukarkan keraguan kepada harapan, perasaan takut kepada pemerkasaan dan cabaran kepada peluang bagi menarik bakat digital untuk mendalamkan pengetahuan dan kemahiran di dalam teknologi-teknologi baru termasuk teknologi AI,” kata Menteri Ekonomi Malaysia, Rafizi Ramli.

AI untuk Rakyat adalah satu inisiatif untuk mengurangkan jurang literasi digital dalam kalangan rakyat Malaysia. Bagi para pelajar, program ini dapat menyediakan gambaran menyeluruh tentang dunia AI dengan tujuan untuk menarik minat mereka kemudiannya membina kerjaya di dalam sektor ini. Untuk golongan rakyat yang lain, program ini dapat menyediakan pemahaman asas tentang AI supaya dapat mempromosikan kesedaran dan apresiasi terhadap teknologi yang memberi manfaat kepada individu, masyarakat dan juga negara.