Jamuan Penghargaan EDLP 2025 Meraikan Kepimpinan, Kolaborasi dan Transformasi Digital Malaysia
Jamuan Penghargaan EDLP 2025 Meraikan Kepimpinan, Kolaborasi dan Transformasi Digital Malaysia
Sidang Kemuncak Powering the Intelligent Age mengumumkan Rangkaian Keselamatan AI ASEAN dan Kertas Putih Kelestarian AI, menyelaras kerjasama serantau berasaskan kelestarian dan kepercayaan
PUTRAJAYA, 8 Disember 2025 – Jamuan Penghargaan Program Kepimpinan Digital Eksekutif (EDLP) 2025 telah menghimpunkan lebih 300 pemimpin digital daripada sektor awam dan swasta di Hotel Putrajaya Marriott pada 5 Disember untuk meraikan komuniti alumni EDLP yang semakin berkembang serta peranan mereka dalam memajukan agenda transformasi digital Malaysia.
Dibangunkan oleh Kementerian Digital melalui MyDIGITAL Corporation dengan kerjasama dan Asia School of Business (ASB), serta input fakulti daripada MIT Sloan, EDLP direka bentuk untuk membina barisan pemimpin berpandangan jauh yang berkeupayaan mengemudi, mempengaruhi dan mempercepatkan transformasi digital nasional. Melalui modul akademik yang teliti dan mendalam, pendedahan industri, sesi praktikal dan projek transformasi sebenar, program ini telah melengkapkan pemimpin kanan dengan rangka kerja dan minda yang diperlukan untuk memacu hasil digital merentasi organisasi mereka.
Kepimpinan Menegaskan Impak EDLP
Dalam ucapan alu-aluannya, Encik Adrian Marcellus, Ketua Pegawai Eksekutif MyDIGITAL Corporation, mengucapkan tahniah kepada alumni EDLP yang dihormati atas komitmen mereka terhadap kepimpinan digital dan merakamkan penghargaan tulus beliau kepada semua rakan kongsi teknologi dan industri atas kolaborasi dan sokongan tidak ternilai mereka.
Seterusnya, YBhg. Tuan Fabian Bigar, Ketua Setiausaha Kementerian Digital, dalam ucaptama beliau menegaskan kepentingan kepimpinan digital yang kukuh, terutamanya memandangkan Malaysia kini memasuki Fasa 3 Rangka Tindakan Ekonomi Digital Malaysia (RTEDM), yang berpusat pada penerimaan AI, pemodenan GovTech, infrastruktur awam digital yang selamat, keselamatan siber dan transformasi berpacukan data.
Beliau menonjolkan kedudukan EDLP dalam peringkat kepimpinan kanan Rangka Kerja Bakat Digital Nasional yang akan datang dan menggalakkan alumni untuk memperhalusi pelan tindakan digital mereka, memperdalam kolaborasi dan mencetuskan inovasi dalam organisasi mereka. Ketua Setiausaha mengakhiri ucapannya dengan mengucapkan terima kasih secara khusus kepada para rakan kongsi atas sokongan berterusan mereka, menyatakan peranan penting mereka dalam kejayaan EDLP.
Secara bersama, mesej mereka menegaskan peranan EDLP dalam membentuk pemimpin yang mampu memacu transformasi yang bermakna dan memajukan cita-cita digital Malaysia.
Pelancaran Portal Interaksi Alumni EDL - NEXUS Pemimpin Digital Eksekutif
Acara kemuncak malam itu ialah pelancaran Portal Interaksi Alumni EDL, yang dirasmikan oleh YBhg. Tuan Fabian Bigar. Dikenali sebagai NEXUS Pemimpin Digital Eksekutif, platform ini akan berfungsi sebagai pemangkin jangka panjang untuk kolaborasi, membina jaringan dan perkongsian pengetahuan dalam kalangan alumni merentasi kementerian, agensi, industri dan akademia.
Meraikan Komuniti dan Kolaborasi
Sepanjang malam, para tetamu menikmati barisan aktiviti yang meriah termasuk:
- Video Perjalanan EDLP yang memaparkan sorotan daripada Kohort 6–10
- Pembentangan Pelan Tindakan Digital oleh tiga peserta EDLP
- Persembahan secara langsung yang memukau oleh penyanyi-penulis lagu Naqiu
Jamuan Penghargaan EDLP 2025 mengesahkan semula kepentingan kepimpinan digital yang berwawasan dan kolaboratif tatkala Malaysia mempercepatkan pelaksanaan inisiatif digital nasional. Kementerian Digital dan MyDIGITAL Corporation turut merakamkan penghargaan kepada ASB dan rakan kongsi teknologi EDLP—termasuk Microsoft, AWS, IBM, Shopee, Cisco, Code Campus dan ChamRun Digital—kerana memperkayakan program ini dengan pandangan global dan pendedahan industri yang praktikal.
– TAMAT –
Mengenai MyDIGITAL Corporation
MyDIGITAL Corporation adalah agensi pemantauan dan beroperasi sebagai Pejabat Pengurusan Perubahan Strategik di bawah Kementerian Digital, yang mengawasi pelaksanaan Rancangan Ekonomi Digital Malaysia (MDEB) dan Dasar 4IR Kebangsaan. Ia berfungsi sebagai sekretariat kepada Majlis Ekonomi Digital dan 4IR Kebangsaan yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri, serta menjadi tuan rumah kepada Pusat Revolusi Perindustrian Keempat Malaysia (MYCentre4IR) dengan kerjasama Forum Ekonomi Dunia. MyDIGITAL Corporation adalah platform dinamik yang bertujuan untuk mempercepatkan penerapan teknologi 4IR dan memupuk inovasi.
Laman Sesawang: MyDIGITAL Corporation | Ikuti kami di Facebook | Instagram | LinkedIn | X
Mengenai Malaysia Centre for the Fourth Industrial Revolution (MYCentre4IR)
Dihoskan oleh MyDIGITAL Corporation, Pusat Revolusi Perindustrian Keempat Malaysia (MYCentre4IR) ialah sebahagian daripada rangkaian global Pusat Revolusi Industri Keempat (C4IR) di bawah Forum Ekonomi Dunia (WEF). Ia merupakan pusat pertama di Asia Tenggara dan yang ke-19 dalam rangkaian global WEF. MYCentre4IR berperanan sebagai platform dinamik dan berpandangan jauh yang memacu inovasi, merangka dasar serta memperkukuh kerjasama di peringkat global. Kerjasama strategik dengan Forum ini memberikan akses kepada sumber pengetahuan, amalan terbaik dan pandangan global daripada rangkaian organisasi dan negara sehaluan, sekali gus membolehkan perkongsian pembelajaran dan kolaborasi dalam pelbagai projek berimpak tinggi.
Laman Sesawang: MYCentre4IR | Ikuti kami di Facebook | Instagram | LinkedIn
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:
Komunikasi Strategik MyDIGITAL Corporation
Faizah Binti Jaafar: +6019 399 7746 | faizah.jaafar@mydigital.gov.my
See Siok Gee: +6012 662 4336 | siokgee.see@mydigital.gov.my